18 SEPTEMBER 2019, PUTRAJAYA - YB Dato' Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Seminar dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Sempena 25 Tahun AKKP 2019 pada tahun ini yang bertemakan "Malaysia OSH: Legacy & Future Vision of Excellence" bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Seminar yang menghimpunkan ribuan pengamal-pengamal KKP dari pelbagai industri ini bertujuan menjadi medan untuk pertemuan profesional KKP bertukar pendapat dan wadah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan KKP kepada golongan sasar.
17 SEPTEMBER 2019 - YB. M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, mengambil kesempatan untuk membuat lawatan kerja ke Pejabat PERKESO, PSMB dan Mahkamah Perusahaan di Kuching, Sarawak.
17 SEPTEMBER 2019 - Program M. Kula Bertemu Pelanggan telah berlangsung di Pasar Komuniti Stutong, Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak. Turut sama hadir adalah YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama-sama Pengurusan Tertinggi Kementerian untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan di sekitar Kuching, Sarawak. Di samping itu, penyampaian Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Pencen Ilat dan Faedah Pencen Penakat turut disampaikan oleh YB Menteri kepada Orang Berinsurans PERKESO.
16 SEPTEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia 2019 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersama-sama YAB Datuk Patinggi Ketua Menteri Sarawak dan YAB Datuk Seri Panglima Ketua Menteri Sabah bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.