ISU_UTUSAN1

22 OKTOBER 2019, KUALA LUMPUR — YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan Isu Penutupan Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad berhubungan isu penamatan seramai 815 orang pekerja Utusan Melayu (M) Berhad yang bertempat di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kuala Lumpur.

ISU_UTUSAN2 ISU_UTUSAN3

TVET_ZONTGH1

21 OKTOBER 2019, SHAH ALAM - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia merasmikan Karnival TVET Malaysia 2019 Zon Tengah yang sedang berlangsung pada 19 - 21 Oktober 2019 bertempat di CIAST Shah Alam, Selangor. Penganjuran Karnival TVET Malaysia Zon Tengah 2019 ini adalah sempena pertandingan akhir Worldskills yang melibatkan 3 kategori iaitu Belia, Pengajar dan Junior Skills Malaysia. Dalam majlis tersebut juga beliau telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara CIAST dan Scientific & Technical Products (STP) Sdn Bhd.

TVET_ZONTGH2 TVET_ZONTGH3

SEMINAR_KKP_TENGAH1

22 OKTOBER 2019, CYBERJAYA — Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia ketika merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam Zon Tengah 2019 bertempat di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

SEMINAR_KKP_TENGAH2 SEMINAR_KKP_TENGAH3

BENGKEL_KKP_UTARA1

20 OKTOBER 2019 - YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Utara (OSH in US Workshop) 2019 berkata, pada pada tahun 2018, sebanyak 7,258 kes penyakit dan keracunan pekerjaan dilaporkan berbanding 6,020 kes pada tahun 2017. Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tempoh 2016-2018 adalah sebanyak 21,098 kes (63%) berbanding dengan keseluruhan bilangan kes kemalangan yang dilaporkan iaitu 12,416 kes (37%) untuk tempoh masa yang sama.

Menurut beliau lagi, bengkel yang dianjurkan ini sangat penting dalam meningkatkan pengetahuan di kalangan peserta terutamanya terhadap aspek kesihatan pekerjaan. Bengkel yang berlangsung di Tabung Haji Convention Centre, Alor Setar Kedah ini melibatkan 150 peserta.

BENGKEL_KKP_UTARA2 BENGKEL_KKP_UTARA3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!