18 JUN 2019 - YB Dato Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Pusat Latihan SLDN Negeri Kelantan. Majlis berlangsung di Tanjong Demong Beach Resort, Besut Terengganu.
17 JUN 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Tenaga Manusia dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Mengenai Program Pembelajaran Akademik Latihan Kemahiran dan Pembangunan Sumber Manusia dengan kehadiran YB Dato’ Mahfuz Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia. Inisiatif ini bakal memanfaatkan graduan-graduan Diploma Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dengan membuka luas akses kepada graduan melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi di UMK.
18 JUN 2019, Machang, Kelantan - YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri KSM meluangkan masa menyampaikan bantuan PERKESO, faedah pengurusan mayat kepada ibu-bapa waris Allahyarham Mohd Izzuddin Mohd Nor di kediaman mereka di Kg. Pangkal Binjai, Machang. Allahyarham ditemui lemas di pam kemubu oleh orang ramai pada 11 Jun 2019.
17 JUN 2019 - Sekitar Majlis Hi-Tea sempena dengan Mesyuarat General Assembly World Skills Asia di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) petang tadi. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh delegasi dari 11 buah negara dan diadakan di Pulse Grande Hotel, Putrajaya bermula pada 17 hingga 19 Jun 2019.