27 JUN 2019 - Seramai 633 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 Kementerian Sumber Manusia telah dianugerahkan sijil yang disampaikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia di satu majlis yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Penerima anugerah ini terdiri daripada 404 penjawat awam daripada kumpulan Pelaksana dan seramai 229 orang pula adalah daripada kumpulan Pengurusan Profesional yang merangkumi penjawat awam daripada Kementerian Sumber Manusia serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.
Video Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum
26 JUN 2019 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, PERKESO dan KWSP melancarkan Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum serentak di seluruh negara bermula semalam.
Sumber video adalah daripada RTM
Video Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Sumber video adalah daripada Facebook Kementerian Sumber Manusia
25 JUN 2019 - YB Dato' Haji Mahfuz bin Omar telah menghadiri majlis makan malam dan ramah mesra bersama Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd.