04 JULAI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan satu Majlis Sidang Media Pra Pelancaran Persidangan TVET 2019 & IKON TVET KSM yang bertempat di Kuala Lumpur SENTRAL.
03 JULAI 2019 - Satu perbincangan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China berkenaan peluang kerjasama berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Perbincangan ini termasuk kerjasama dengan China mengenai teknologi Artificial Intelligence. Teknologi sedemikian akan membolehkan Kementerian untuk melatih generasi baru dengan bakat yang dihendaki pihak industri. Perbincangan ini juga termasuk prospek pertukaran jurulatih, latihan pelatih, program pertukaran pelajar dan perundingan.
04 JULAI 2019 - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) di TV1 bagi menerangkan Program Karnival Kerjaya JobsMalaysia yang akan bermula pada 6 Julai 2019 (Sabtu) serentak di seluruh negara.
#karnivalkerjayajobsmalaysia #jobfair
03 JULAI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim B40 Capacity Building (B40CaB) dan satu Sesi Penyerahan Letter of Intent (LOI) kepada National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) yang di sampaikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Majlis juga turut dimeriahkan dengan Majlis Sambutan Hari Raya HRDF berserta penyerahan sumbangan beg sekolah dan duit raya kepada penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera, bertempat di Wisma HRDF, Kuala Lumpur.