WORLDFRENCONN1

17 DISEMBER 2019 - Sempena program Hari KSM Bertemu Pelanggan, Cik Eva Soo, penyedia latihan kemahiran bagi World Friendship Connections Sdn Bhd telah hadir dan bertemu Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran untuk memberi sokongan terhadap program ini sekali gus, mempromosikan latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang disediakan oleh organisasi beliau.

Sebagai Presiden World Flower Connection dan seorang mentor di Yayasan Diraja Sultan Mizan, Cik Eva Soo berharap dapat bekerjasama dengan pihak Kementerian Sumber Manusia demi meningkatkan kesedaran dalam pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional di kalangan ibu bapa dan para pelajar. Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran memberi galakan penuh dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan organisasi tersebut pada masa hadapan.

WORLDFRENCONN2 WORLDFRENCONN3

KRISMAS2019_PERKESO1

16 DISEMBER 2019, KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Mahfuz Bin Omar telah menyempurnakan Majlis Sambutan Krismas PERKESO 2019 di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Ia merupakan satu bentuk program CSR bagi meraikan orang berinsuran dan orang tanggungan mereka untuk mengurangkan bebanan menjelang sambutan Krismas yang diadakan setiap tahun. YB Dato' Mahfuz amat berterima kasih kepada PERKESO, satu agensi di bawah KSM yang sentiasa bersama melangkaui tanggungjawab sebagai penyedia perlindungan keselamatan sosial dengan mengambil berat akan kebajikan pekerja di negara ini. Program ini juga satu platform ke arah nenyatupadukan masyarakat terbilang adat resam dan fahaman agama di negara ini.

KRISMAS2019_PERKESO2 KRISMAS2019_PERKESO3

PUANPOOVAIE1

17 DISEMBER 2019 - Puan Poovaie Karuppan telah berkesempatan untuk berkongsi masalah beliau kepada YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia semasa Hari Bertemu Pelanggan KSM. Penyakit angin ahmar yang dialami oleh Puan Poovaie telah mengakibatkan beliau sukar untuk menggerakkan kaki selain daripada terlibat dengan kemalangan pada 2 tahun yang lalu.

Tujuan beliau hadir ke kaunter PERKESO bagi membuat rayuan pencen ilat untuk mengurangkan beban menyara keluarga. Skim Keilatan adalah bantuan yang dibayar kepada orang berinsurans yang diperakui menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan dan tidak boleh diubati.

PUANPOOVAIE2 PUANPOOVAIE3

FIREDRILL2019_KSM1

16 DISEMBER 2019 - Sekitar gambar Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Blok D3 dan D4 Kementerian Sumber Manusia yang telah diadakan pada hari ini. Latihan Kebakaran ini penting di mana-mana tempat kerja atau bangunan awam untuk berlatih apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini Turut melibatkan 11 anggota daripada Balai Bomba Putrajaya sebagai Balai Bantuan yang telah mengaktifkan 3 buah jentera iaitu FRT/2 dan EMRS/1.

FIREDRILL2019_KSM2 FIREDRILL2019_KSM3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!