4 Julai 2018 : Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia bagi bulan Julai telah diadakan dengan buat pertama kalinya menampilkan ucaptama YBhg Timbalan Menteri Sumber Manusia yang baharu iaitu YB Dato' Mahfuz Omar. Dalam ucapannya, YB Dato' Mahfuz meminta semua warga Kementerian sayangi pekerjaan masing-masing dan laksanakan dengan penoh integriti serta memastikan kosong rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap agar KSM boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dengan sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran, belajar daripada orang lain yang mempunyai kelebihan tertentu serta bekerja dalam satu keluarga dengan menjadi cermin diantara satu sama lain.

Beliau juga meminta semua warga KSM berani untuk bercakap jujur, maklumkan kepadanya jika ada perkara yang tidak betul dan beliau terbuka menerima teguran daripada semua warga KSM.

26 Jun 2018 : Seminar 'Malaysia Commuting and Road Safety Seminar' ( MyCARSS 2018 ) telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre ( PICC ) pada 26 hingga 27 Jun 2018. Seminar dengan bertemakan ‘Fostering Commuting Safety Culture Towards Vision Zero’ itu telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia, YBhg M. Kulasegaran.

Sementara itu YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapan perasmiannya berkata, Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasakan pendekatan 3E ( Engineering, Enforcement dan Education ) dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa atas jalan raya. Kataanya lagi, pendekatan tersebut mesti dilaksanakan secara berintegrasi dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam merealisasikannya.

MyCARSS 2018 dianjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) yang bertujuan memberi mesej jelas untuk mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dan pihak berkepentingan terhadap keselamatan jalan raya yang lebih baik.

3 Julai 2018 : Majlis ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan YBhg Timbalan Menteri Sumber Manusia yang baru mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai 2018 yang lalu, iaitu YB Dato' Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ketibaan beliau disambut oleh pegawai kanan Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan di dalam Kementerian yang diketuai oleh Ybrs En Amir bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar ) Kementerian. Sebaik mendaftarkan kehadiran menerusi aplikasi eMasa Kementerian, beliau terus diberikan taklimat mengenai Kementerian Sumber Manusia, hala tuju dan cabaran mendatang.

Mengakui agak terkejut dengan perlantikan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia, beliau berharap dapat kerjasama dengan YB Menteri dan kakitangan KSM dalam pelaksanaan dasar kerajaan yang telah diputuskan, selain mengharapkan amanah, penghayatan integriti setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

 

25 Jun 2018 : Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ( TVET ) Malaysia bersama beberapa pihak berkepentingan telah diadakan di Kementerian Sumber Manusia. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia itu, turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, YB M Kulasegaran.

 

Selain daripada akan mempertimbangkan model pembelajaran dari negara Eropah seperti Jerman dalam usaha memperkasakan TVET beberapa langkah juga sedang dinilai untuk menarik minat belia bagi melibatkan diri dalam bidang TVET ini.

 

Bagi memperhalusi usaha ke arah pemerkasaan bidang ini, YB Nurul Izzah berharap beberapa pertemuan dengan pihak berkepentingan termasuk industri, pihak swasta, institusi berkaitan TVET serta pelajar dapat dilakukan dalam masa dua bulan ini, bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan transformasi bidang TVET, bagi memastikan ia dipandang tinggi.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!