Hari Bertemu Pelanggan KSM
15 Januari 2019 : Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KSM 2019 akan diadakan pada setiap hari Selasa, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hari Bertemu Pelanggan yang mula diadakan pada 15 Januari 2018 iaitu pada setiap Hari Selasa, bertempat di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan mengenai pengurusan sumber manusia bagi memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar setiap Bahagian dan Jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia. Dalam Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 15hb lalu, YBhg Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut hadir bersama bertemu pelanggan. Antara permasalahan serta aduan yang diterima adalah mengenai pemberhentian pekerjaan, kelulusan pengambilan pekerja asing dalam pelbagai sektor serta pekerja yang melanggar polisi syarikat.