MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PROMOSI BAYAR DAN MENANG PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

PTPK_BYRMENANG1

21 NOVEMBER 2019 - Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Hadiah Promosi Bayar dan Menang Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Majlis diadakan sempena penghargaan kepada peminjam yang melunaskan keseluruhan jumlah Pinjaman Latihan Kemahiran. Seramai 42 orang peminjam telah dipilih sebagai pemenang hadiah melalui promosi yang berlangsung selama 3 bulan mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019 ini.

Dalam majlis tersebut, YB Dato' Mahfuz Omar turut mengucapkan tahniah kepada PTPK atas inisiatif yang menggalakkan peminjam untuk melunaskan pinjaman sekali gus, menghargai mereka dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah.

PTPK_BYRMENANG2 PTPK_BYRMENANG3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!