MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA DEEPAVALI 2019

DEEPAVALI20191

16 NOVEMBER 2019 - Ketika bersiaran langsung bersempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019, YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sempat berkongsi harapan beliau agar sambutan pada malam ini dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat-handai dengan penuh semangat muhibbah. Beliau turut mengingatkan agar kita sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan terutamanya mereka yang berada di sekeliling kita. Ini adalah seiring dengan maksud di sebalik perayaan Deepavali, iaitu kecerahan mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan.

Majlis anjuran Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, dan Kerajaan Negeri Perak selaku Tuan Rumah, telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, yang berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, malam tadi. Turut sama hadir mengiringi beliau adalah YAB Dato’ Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak, YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni, & Budaya, YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ahli-Ahli Parlimen, Exco-Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

DEEPAVALI20192 DEEPAVALI20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!