PERASMIAN PROGRAM NEWSPAPER-IN-EDUCATION DI SMK JABI, POKOK SENA, KEDAH
- Diterbitkan: Jumaat, 04 Oktober 2019 01:21
- Jumlah paparan: 417
03 OKTOBER 2019 - YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia merasmikan program Newspaper-in-Education bertempat di SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah pada pagi tadi. Program ini merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh PERKESO dengan kerjasama Star Media Group. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui akhbar The Star yang disumbangkan oleh PERKESO kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.