LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA KE MGV INDUSTRIES SDN BHD
- Jumlah paparan: 7793
18 JUN 2019 - YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri KSM telah dibawa melawat MGV Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk minuman ringan berpusat di Besut, Terengganu. Taklimat syarikat telah disampaikan oleh Pengarah Urusan syarikat Hj. Zakaria bin Jusoh yang turut membawa rombongan menyaksikan proses pengeluaran minuman ringan untuk pasaran dalam dan luar negara. MGV Industries Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menawarkan peluang kepada para usahawan tempatan untuk mengeluarkan produk minuman menggunakan jenama sendiri.