BERITA RTM : 2 AKTA BAHARU AKAN DIPERKENAL, MANAKALA 7 UNDANG UNDANG SEDIA ADA AKAN DIPINDA
- Jumlah paparan: 13478
Berita RTM : 2 Akta Baharu Akan Diperkenal, Manakala 7 Undang Undang Sedia Ada Akan Dipinda
1 Mei 2019 - Dua akta baharu akan diperkenal, manakala 7 undang undang sedia ada akan dipinda. Tujuannya; bagi mempertahankan hak pekerja di Malaysia selaras dengan sasaran peningkatan 1 juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020. Menteri Sumber Manusia, M.Kula Segaran menjelaskan, akta yang bakal dibentangkan untuk pindaan Julai itu termasuk Akta Pekerjaan 1955, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Selain itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak serta Akta Kesatuan Sekerja 1959 juga bakal dibentang untuk pindaan.
Laporan Ravindran Sanmugam.
Sumber video adalah daripada RTM Malaysia