02/11/2017- Gaji minima di Malaysia antara yang paling tinggi di Asia Kuala Lumpur

Gaji minima di Malaysia antara yang paling tinggi di Asia Kuala Lumpur

Sinar Harian (Nasional): 02/11/2017

Malaysia adalah antara negara yang menawarkan pembayaran gaji minima paling tinggi kepada pekerja jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, gaji minima yang ditetapkan di negara ini adalah RM1000 untuk pekerja di semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak. “Kita adalah negara yang menetapkan pembayaran gaji minima kepada pekerja dengan nilai yang cukup baik. “Di Myanmar, gaji minima yang ditetapkan adalah RM348, Laos RM479, Kemboja RM629, Philipina RM909, Indonesia RM382 dan Vietnam RM600,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin), di Dewan Rakyat, semalam. Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kedatangan pekerja asing yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesukaran untuk meningkatkan gaji minima pekerja negara ini. “Kira-kira 1.9 juta pekerja asing berada di negara kita yang turut menerima gaji minima yang ditetapkan di negara ini. Dalam soal ini kita tak boleh kecualikan mereka kerana kita boleh dikenakan tindakan. “Disebabkan itu, sudah tentu banyak nilai kewangan negara ini digunakan pekerja asing untuk dibawa keluar negara dan itu tidak termasuk faedah-faedah lain yang mereka terima. Seperti mana yang telah dinyatakan Kementerian Kewangan baru-baru ini, lebih RM3.7 bilion wang negara dikeluarkan oleh pekerja asing ke negara-negara mereka,” katanya. Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan pekerja tempatan supaya menguasai industri sekali gus mengambil alih tempat pekerja asing dalam memperkukuhkan ekonomi Negara. “Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diuar-uarkan perdana menteri sebelum ini adalah usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pertambahan bilangan pekerja tempatan.

23/10/2017- RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 ditarik balik

RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 ditarik balik
Malaysia Gazette (Nasional): 23/10/2017 KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber dan Manusia menarik balik Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (RUU SIP) 2017 daripada dibentangkan dalam mesyuarat ketiga sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, tindakan itu bagi membolehkan RUU SIP 2017 yang baharu dibentangkan untuk bacaan pertama yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen sesi ini.

“RUU baharu ini dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua pada 25 atau 26 Oktober 2017. Kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaaan mulai Januari 2018,” katanya pada sidang Parlimen, di sini, hari ini.

Seramai 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja bakal terlibat dalam pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan yang akan dilaksanakan awal tahun depan.

Antara skop kehilangan pekerjaan termasuk pemberhentian kerja biasa, skim pemisahan sukarela, force majuere, majikan yang melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan, penyusunan semula perniagaan, lebihan pekerja dan automasi.

Sistem insurans baharu ini menyediakan perkhidmatan bagi program penempatan semula pekerjaan dan lima jenis faedah berbentuk kewangan.

Antaranya elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan fi latihan. – MalaysiaGazette

21/10/2017- Pelajar Malaysia Rangkul Pingat Gangsa Dalam WSC 2017

Pelajar Malaysia Rangkul Pingat Gangsa Dalam WSC 2017
Bernama Online (Am) : 21/10/2017 SEPANG, 21 Okt (Bernama) -- Persiapan dan latihan selama dua tahun Mohd Asyraff Yusni, 22, akhirnya berbaloi apabila berjaya merangkul pingat gangsa dalam Bidang Teknologi Automatif di Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2017 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.
Pelajar Kolej Universiti DRB Hicom itu berkata beliau menghabiskan 12 jam sehari bermula 8 pagi hingga 8 malam membuat latihan bagi memperkasakan kemahiran mengenal pasti serta memperbaiki enjin dan sistem kenderaan.
Kesemua peserta diberi tugasan termasuk mengenal pasti dan memperbaiki enjin kereta rosak serta kerosakan pada bahagian brek kenderaan dalam tempoh dua jam. "Keadaan ketika pertandingan itu sungguh mencabar...saya amat resah sehingga makan tak lalu dan tidur tidak lena. Namun semuanya berbaloi apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot menyambut kepulangan kontinjen Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib di KLIA. Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mohd Asyraff menerima insentif RM10,000 dan dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia serta diisytihar sebagai peserta terbaik Malaysia (Best of Nation) selain membawa pulang wang tunai RM4,000 bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Automotif Teknologi dengan biasiswa Yayasan Proton.

Bagi Lai Jia Yi, 21, pelajar bidang masakan berkata beliau meluangkan masa kira-kira 13 jam setiap hari untuk membangunkan pelbagai resipi selama empat bulan sebagai persediaan menghadapi pertandingan sengit dalam WSC 2017 yang diadakan pada 15 hingga 18 Okt.
"Saya dan jurulatih telah menghasilkan pelbagai resipi dan ia banyak memperkasa kemahiran masakan saya. Selain itu, latihan amali di Perancis selama enam bulan juga banyak membantu saya," katanya.
Pelajar Kolej Taylor itu turut menerima insentif RM10,000 dan juga dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
Beliau akan meneruskan latihan dan membuat persediaan untuk menyertai Pertandingan Young Chef Olympiad 2018 yang akan diadakan di empat lokasi di India pada Januari tahun depan.
-- BERNAMA

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!