23/10/2017- RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 ditarik balik
- Kategori: Keratan Akhbar 2017
- Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 10:38
- Jumlah paparan: 16761
RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 ditarik balik
Malaysia Gazette (Nasional): 23/10/2017
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber dan Manusia menarik balik Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (RUU SIP) 2017 daripada dibentangkan dalam mesyuarat ketiga sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, tindakan itu bagi membolehkan RUU SIP 2017 yang baharu dibentangkan untuk bacaan pertama yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen sesi ini.
“RUU baharu ini dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua pada 25 atau 26 Oktober 2017. Kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaaan mulai Januari 2018,” katanya pada sidang Parlimen, di sini, hari ini.
Seramai 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja bakal terlibat dalam pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan yang akan dilaksanakan awal tahun depan.
Antara skop kehilangan pekerjaan termasuk pemberhentian kerja biasa, skim pemisahan sukarela, force majuere, majikan yang melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan, penyusunan semula perniagaan, lebihan pekerja dan automasi.
Sistem insurans baharu ini menyediakan perkhidmatan bagi program penempatan semula pekerjaan dan lima jenis faedah berbentuk kewangan.
Antaranya elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan fi latihan. – MalaysiaGazette