MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI PERKESO 2019

MAJANUKUA_PERKESO20191

14 NOVEMBER 2019, PETALING JAYA - Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi PERKESO 2019 kali ke-19 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dirasmikan oleh YB M.Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. YB M. Kula Segaran menyeru semua kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk meningkatkan usaha dalam menghasilkan idea kreatif demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan menjadi contoh kepada agensi kerajaan yang lain.

"Bagi saya, setiap kakitangan PERKESO harus dianggap sebagai aset penting yang perlu memahami semua strategi baharu untuk mengekalkan PERKESO di barisan hadapan," katanya. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Dato' Amir bin Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. Sebanyak 62 anugerah disampaikan dalam acara sambutan kali ini yang meliputi pelbagai kategori.

MAJANUKUA_PERKESO20192 MAJANUKUA_PERKESO20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!