BAHASBAJETKSM1

18 NOVEMBER 2019 - Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran ketika perbahasan Bajet 2020 Kementerian Sumber Manusia di Peringkat Jawatankuasa yang berlangsung di Parlimen. Turut hadir, pegawai-pegawai Kementerian Sumber Manusia pada sesi perbincangan bagi pengisian jawapan dalam sesi pergulungan itu.

BAHASBAJETKSM2 BAHASBAJETKSM3

SAFETYHIGHTEA1

17 NOVEMBER 2019 - The Minister of Human Resources, YB. M. Kula Segaran attended Safety and Health Talk & Hi Tea organized by National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) for a networking session with stakeholders around Malaysia held at Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak. In his speech, he expressed his hope that this session may develop awareness on the importance of Occupational Safety and Health (OSH) management system especially, among the employers who were present during the event. He also added that the government will be funding RM 30 million especially for B40 group in order to develop skills training opportunities for them.

SAFETYHIGHTEA2 SAFETYHIGHTEA3

PENYAMPAIANHADIAH_VPKKP1

18 NOVEMBER 2019 - YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Seminar Industrial Hygiene Catalyst Committee sekaligus menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Pendek KKP Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di Dorsett Hotel, Putrajaya. Selari dengan objektif Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), pertandingan ini mampu mengetengahkan isu utama di dalam bidang industri hygiene seperti pendedahan dan kawalan kimia, kebisingan dan risiko ergonomik kepada bukan sahaja majikan dan pekerja malahan kepada para pelajar dan orang awam. Semoga inisiatif seperti ini dapat memberi inspirasi kepada semua yang terlibat dalam memelihara persekitaran yang lebih kondusif serta bebas daripada risiko kemalangan.

PENYAMPAIANHADIAH_VPKKP2 PENYAMPAIANHADIAH_VPKKP3

DEEPAVALI20191

16 NOVEMBER 2019 - Ketika bersiaran langsung bersempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019, YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sempat berkongsi harapan beliau agar sambutan pada malam ini dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat-handai dengan penuh semangat muhibbah. Beliau turut mengingatkan agar kita sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan terutamanya mereka yang berada di sekeliling kita. Ini adalah seiring dengan maksud di sebalik perayaan Deepavali, iaitu kecerahan mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan.

Majlis anjuran Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, dan Kerajaan Negeri Perak selaku Tuan Rumah, telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, yang berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, malam tadi. Turut sama hadir mengiringi beliau adalah YAB Dato’ Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak, YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni, & Budaya, YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ahli-Ahli Parlimen, Exco-Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

DEEPAVALI20192 DEEPAVALI20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!