PELAN STRATEGIK AKRAB KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pelan Strategik AKRAB KSM 2017-2020 telah dirangka dan diterbitkan bagi membuat perancangan jangka panjang yang mengandungi visi, misi dan hala tuju AKRAB KSM untuk mencapai kejayaan yang optimum. Pelan strategik ini telah meletakkan asas yang kukuh berpaksikan kepada 4 teras utama yang juga mendokong Teras ke 5 Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam. Diharapkan pelan tindakan yang telah digariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

  

Ringkasan Pelan Strategik

 

 

PEMBUDAYAAN KSM (KENAL-SALAM-MESRA)

AKRAB KSM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan modul dan program dalam membudayakan Kenal-Salam-Mesra di KSM. Ini adalah merupakan Pelan  Tindakan Teras 3 : Memperkukuhkan  Kompetensi Budaya Bagi Meningkatkan Kesejahteraan Warga Organisasi dalam      Pelan Strategik 2017-2020 AKRAB KSM.

Selain itu, ia juga menyokong Nilai Teras Bersama Pelan Strategik KSM Tahun 2016-2020 dan Kod Etika Pekerja KSM. AKRAB KSM telah merangka Pelan Komunikasi dan modul khusus dalam menjadikan Kenal-Salam-Mesra sebagai budaya korporat di KSM.

Jom Kita Budayakan KENAL-SALAM-MESRA!!!

PERASMIAN KIT KSM (KENAL-SALAM-MESRA) OLEH MANTAN KSU KSM IAITU  YBHG. DATO’ SRI ADNAN BIN AB RAHMAN PADA 13 SEPTEMBER 2017

 

LIPUTAN AKRAB DI AKHBAR BERITA SINAR HARIAN – 14 SEPTEMBER 2017

 

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!