Kaunseling

 

Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya. Pegawai Psikologi cuba mendengar, memberi layanan yang baik dan memahami isu yang dihadapi klien. Manakala klien memperihalkan isu, memahami dan mengambil tindakan mengurus isu yang dihadapi. Pegawai Psikologi menerima dan menghormati klien serta membina hubungan kemanusiaan yang positif.

Kaunseling bukan nasihat. Pegawai Psikologi tidak akan memberi jawapan secara langsung terhadap semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai Psikologi tidak semestinya baik kepada klien. Keistimewaan perkhidmatan kaunseling adalah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.

Kaunseling memegang prinsip kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling adalah RAHSIA dan SULIT mengikut Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.

Soalan Lazim

  1. Apakah perbezaan di antara nasihat dan kaunseling?
    Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih.
  2. Apakah jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan?
    Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan dan pembangunan diri.
  3. Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
    Perkhidmatan kaunseling terbuka kepada semua warga KSM termasuk Jabatan dan Agensi di dalam KSM. Perkhidmatan ini juga dibuka kepada keluarga terdekat pegawai iaitu suami, isteri atau anak.
  4. Bagaimana cara untuk saya membuat temujanji dengan kaunselor di KSM?
    Temujanji boleh dibuat melalui e-mel, telefon atau walk inke Unit Pengurusan Psikologi Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia, Aras 8, Blok D3, Kompleks D Putrajaya.
  5. Adakah perkara-perkara yang dibincangkan semasa sesi kaunseling dihebahkan kepada orang lain?
    Setiap perkara yang dikongsi dalam sesi kaunseling adalah terikat kepada etika kerahsiaan kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.
  6. Adakah perkhidmatan kaunseling dikenakan bayaran?
    Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara PERCUMA