Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News Gaji seiring kemahiran

Gaji seiring kemahiran

Print

Gaji seiring kemahiran
Harian Metro-2010/07/22     

KUALA LUMPUR: Penyedia pusat latihan disarankan untuk menaik taraf pusat latihan masing-masing di samping memberi penekanan kepada peningkatan tahap profesionalisme mereka supaya kursus yang dijalankan mencapai status lima bintang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, berkata peningkatan itu mampu memberi kesan positif dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir di kalangan lepasan sekolah dan graduan institut pengajian tinggi (IPT) sebelum memasuki alam pekerjaan setanding dengan negara maju.

“Setakat ini negara kita hanya mempunyai kira-kira 25 peratus tenaga kerja mahir berbanding negara maju yang sudah mencecah 70 peratus. Ia tidak cukup untuk melahirkan tenaga pakar untuk bersaing dengan kemajuan negara maju,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kolej Antarabangsa Silverspoon dan pelancaran buku masakan ‘Segalanya Nasi’ kedua-duanya hasil ilham Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, di sini, semalam.


Menurut Maznah, kerajaan sedia memberi bantuan untuk melatih tenaga mahir meningkatkan kemahiran mereka supaya sentiasa bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja.


Namun, beliau turut mengingatkan majikan supaya bekerjasama dalam usaha itu dengan memberi gaji atau imbuhan yang bersesuaian mengikut tahap kemahiran pekerja.


“Masih ada majikan yang enggan menaikkan tangga gaji pekerja walau pun pelbagai jenis kursus dan kemahiran sudah diberikan kepada golongan itu bagi memastikan mereka cemerlang dalam bidang tugas masing-masing,” katanya.


Kolej yang menyediakan kursus asas dalam bidang kulinari itu akan memulakan pengambilan pertamanya Ogos ini melalui empat kursus utama iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 & 2 bagi tiga kursus termasuk Kulinari, Pastri dan Kek serta Penyediaan Makanan di samping program di bawah Skim Industri Perhotelan.


Sementara itu, Chef Zam berkata, penubuhan kolej itu bertujuan mengembangkan bidang kulinari kepada golongan muda terutama yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.


“Selepas tamat kursus, pelajar boleh mencari kerja dengan kemahiran yang dibekalkan selain berpeluang membuka perniagaan sendiri,” katanya.

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30