Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News 66 peratus firma pengangkutan awam abai keselamatan

66 peratus firma pengangkutan awam abai keselamatan

Print

66 peratus firma pengangkutan awam abai keselamatan
Berita Harian :2010/07/22

KEPALA BATAS: Sebanyak 66 peratus daripada 492 syarikat pengangkutan awam yang diaudit Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) tidak mencapai tahap keselamatan minimum memuaskan.

Ketua Pengarah DOSH, Datuk Johari Basri, berkata audit dilaksanakan pihaknya mendapati 327 syarikat terbabit hanya mencapai tahap gred D dan E iaitu tidak mencapai tahap keselamatan memuaskan.
 Katanya, syarikat pengangkutan awam itu tidak mencapai tahap minimum bagi aspek keselamatan dan kesihatan seperti ditetapkan menerusi Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Bagi 2010. Beliau berkata, menerusi garis panduan yang baru diperkenalkan, antara perkara perlu dilaksanakan adalah menyediakan satu program khas keselamatan, memantau keselamatan pekerja dan penyelenggaraan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 156 notis larangan serta pembaikan dikeluarkan kepada syarikat pengangkutan awam terbabit bagi membolehkan mereka meningkatkan tahap keselamatan.

“Ada syarikat yang mematuhi dengan meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja. Namun, ada syarikat gagal mematuhinya dan kami sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar tata amalan industri keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pemanduan berhemah sektor pengangkutan awam bagi zon Utara 2010.
Johari berkata, sebanyak 165 syarikat pengangkutan awam atau 33 peratus berjaya mencapai tahap gred A, B dan C yang menunjukkan mereka mengamalkan tahap keselamatan memuaskan atau sekurang-kurangnya tahap minimum.

Katanya, pihaknya akan terus melaksanakan audit seumpama itu untuk mengesan tahap keselamatan diamalkan syarikat pengangkutan awam di negara ini, demi keselamatan orang ramai serta pekerja lebih terjamin.

“Audit ini tidak hanya kepada syarikat pengangkutan awam, tetapi kepada syarikat sektor lain juga yang mana aspek keselamatan cukup penting dalam menjalankan operasi,” katanya.

 

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30