Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News Hilang produktiviti saksi Piala Dunia

Hilang produktiviti saksi Piala Dunia

Print

Hilang produktiviti saksi Piala Dunia
46 hari bekerja terbuang akibat demam bola
Berita Harian-2010/07/16

KUALA LUMPUR: Setiap majikan di negara ini kehilangan sebanyak 46 hari bekerja secara purata sepanjang tempoh sebulan Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, mulai 11 Jun hingga 11 Julai lalu.

Jumlah itu bersamaan sebanyak 368 jam bekerja atau 1.2 peratus berbanding 330 jam (1.08 peratus), peningkatan sebanyak lima hari kehilangan waktu bekerja yang pernah direkodkan semasa perlawanan sama di Jerman pada 2006.
 Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Bardan, berkata maklumat itu diperoleh hasil kajian yang dilakukan MEF membabitkan 102 ahli di seluruh negara sebelum perlawanan Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun lalu.
 Beliau berkata, kajian mengenai Kesan Piala Dunia 2010 ke atas Produktiviti Pekerja itu juga mendapati 62 peratus responden menjangkakan akan terdapat kesan negatif terhadap produktiviti pekerja ketika kejohanan berlangsung terutama membabitkan pekerja lelaki.

Kehilangan hari bekerja itu berlaku kerana ponteng kerja, cuti sakit, datang lambat serta berlaku lebih banyak kesilapan dalam kerja kerana faktor mengantuk dan letih.

Terdapat 450,000 syarikat yang aktif dan mendaftar di negara ini, kalau masing-masing kehilangan 46 hari bekerja, bermakna seluruh ekonomi negara dijangka kehilangan hari bekerja sebanyak 20,700,000 dalam tempoh berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shamsudin berkata, kaji selidik itu juga mendapati majikan turut mengambil langkah tambahan bagi mengatasi kesan demam bola yang boleh menjejas prestasi pekerja mereka termasuk menghalang mereka daripada menonton perlawanan secara langsung menggunakan kemudahan internet di tempat kerja.

Ahli MEF sudah bersedia dengan keadaan itu dan mengatakan mereka sudah menghalang laman web siaran langsung perlawanan dari dilayari pekerja sebab bimbang pekerja yang bekerja malam terutama tidak bekerja, sebalik menonton perlawanan.

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30