Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan

100,000 peluang pekerjaan diwujudkan

Print

100,000 peluang pekerjaan diwujudkan
Utusan Malaysia  ( 6 Feb 2010)

Segamat 5 Feb- Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 100,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan tahun ini menerusi penubuhan Pusat Komuniti Pekerjaan (PKP) di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, 10 pusat berkenaan akan dilancarkan hujung bulan ini sebagai projek perintis.

"Sepanjang tahun lalu, kita berjaya memadankan 60,000 pekerjaan untuk mencari pekerjaan walaupun dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi.

"Bagi kementerian, KPI (Indexs Petunjuk Prestasi) yang disasarkan tahun ini adalah untuk memadankan 100,000 pekerjaan dan kami yakin matlamat ini akan dapat dicapai,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepad alebih 650 murid keluarga miskin di daerah segamat di Dewan Serbaguna Segamat di sini hari ini.

Subramaniam berkata, untuk permulaan , penubuhan PKP akan ditumpukan di bandar-bandar utama termasuk Cyberjaya, Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebelum diperluaskan di lebih 40 bandar menjelang akhir tahun ini.

"Di setiap pusat perkhidmatan ini, kami akan menyediakan para pegawai terlatih untuk membantu orang ramai mencari kerja di samping memberi khidmat nasihat.

"Kita yakin akan dapat membantu lebih ramai rakyat kerana perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh kerajaan, "katanya.

Walaupun pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan, masalah pengganguran tidak akan selesai sekiranya orang ramai terlalu memilih kerja,katanya.

Menurut beliau, dari semasa ke semasa, kementeriannya telah didatangi pelbagai syarikat swasta yang berharap dapat mengambil pekerja asing terutamanya dalam sektor elektronik.

"Kita akan berusaha mengatasi perkara ini dengan membawa majikan untuk membuka kaunter pekerjaan di kawasan penduduk yang berkepadat tinggi di samping membantu manjadikan tawaran gaji yang lebih menarik," katanya.

Sementara itu, Subramaniam memberitahu, kadar pemberhentian pekerja secara purata adalah sekitar 2,000 hingga 3,000 sebulan.

"Bagaimanapun, kadar ini adalah normal dan ia lebih kepada pemberhentian mengikut kontrak pekerjaan," katanya.

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30