| PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA | ||
| 1. | Memastikan permohonan permit perburuhan di bawah Akta Kerja 1955 diproses dan diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. | |
| 2. | Memastikan permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 diproses dan diselesaikan dalam tempoh dua(2) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima bagi permohonan lesen baharu dan pembaharuan lesen. | |
| 3. | Memastikan permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja diproses dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. | |
| 4. | Memastikan permohonan kelulusan rekabentuk jentera berperakuan kelayakan diproses seperti berikut: | |
| Pemprosesan dalam tempoh 60 hari. | ||
| i) Pengandung tekanan kritikal dengan semakan oleh pihak ketiga dalam tempoh 20 hari. ii) Pengandung tekanan kritikal tanpa semakan oleh pihak ketiga dalam tempoh 30 hari. iii) Pengandung tekanan tidak kritikal dalam tempoh 10 hari. |
||
| 5. | Memastikan proses permohonan geran latihan bagi skim-skim latihan dilaksanakan dalam tempoh 8 hari. | |
| 6. | Memastikan bayaran geran latihan dalam tempoh 14 hari dari tuntutan lengkap diterima. |
|
| 7. | Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (HUS) kepada pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang lengkap diperlukan diterima. |
|
| 8. | Membayar Pencen Ilat (ILT) kepada pekerja yag layak dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang lengkap diperlukan diterima. | |
| 9. | Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. | |
| 10. | Memastikan permohonan tenaga pengajar dan pakar industri (DPIN – direktori pakar industri negara) diproses dalam tempoh lima puluh (50) hari. | |
| 11. | Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari. | |
| 12. | Memastikan bayaran bagi tuntutan bekalan dan perkhidmatan diuruskan untuk pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. | |
About Us 


















Visitor Statistics | Currently Online : 134 |