PUTRAJAYA: Akta Kerja 1955 yang akan dipinda, bakal memberikan keutamaan terhadap penggajian pekerja tempatan sebagai usaha mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata pindaan itu yang dijangka dibentangkan di Parlimen Disember ini, akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.
“Kita mahu mereka yang ingin membawa masuk pekerja asing untuk memaklumkan kepada kita sebulan lebih awal, bagi memberi kita sedikit masa untuk menawarkan juga senarai bekalan pekerja tempatan yang kita ada dalam pangkalan data kita.
Dr Subramaniam berkata akta itu apabila dikuatkuasakan meliputi semua pihak yang ingin mengambil pekerja asing, sama ada orang perseorangan, syarikat atau melalui agensi pekerja asing.
Beliau berkata, pindaan akta itu juga membolehkan kementerian tersebut mengawasi mereka yang membekalkan pekerja asing berdaftar dengan kementerian itu bagi memastikan bilangan dan jenis pekerja yang dibawa masuk dapat dipantau.
| < Prev | Next > |
|---|



















Visitor Statistics | Currently Online : 52 |