KUALA LUMPUR: Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) kini diperluaskan untuk pekerja yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
Berikutan keputusan itu, 1.5 juta pekerja swasta daripada 11,000 syarikat yang mencarum ke dalam HRDF kini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sambil bekerja.
Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam, berkata sebelum ini tabung itu hanya digunakan untuk menaja kursus pada peringkat sijil dalam bidang perkhidmatan dan perkilangan.
Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan tabung itu digunakan untuk membayar insentif sebanyak RM500 sebulan kepada pelajar universiti ini mengikuti latihan dengan lebih bersemangat selain boleh menggunakan wang berkenaan untuk perbelanjaan harian mereka.
"Keputusan Kementerian Sumber Manusia memperluaskan program ini ke peringkat lebih tinggi adalah untuk memberi peluang kepada pekerja, bekerja sambil belajar, sekali gus meningkatkan peluang kenaikan gaji dan pangkat di dalam organisasi masing-masing.
"Mereka (pekerja) bebas memilih kursus diminati di mana-mana institusi pengajian dengan yuran pengajian mereka ditanggung sepenuhnya oleh HRDF," katanya.















Visitor Statistics | Currently Online : 56 |