Harian Metro - 4 Sept 2009 (Jumaat)
KUALA LUMPUR: Rayuan kes membabitkan seorang suri rumah yang mendera pembantu rumahnya, Nirmala Bonat, yang sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi di sini, semalam ditangguhkan berikutan wanita itu disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1).
Peguam Jagjit Singh yang mewakili Yim Pek Ha (gambar), 41, memaklumkan perkara itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah.
Dia turut memaklumkan empat anak dan suami anak guamnya, Hii Ik Tiing, 42, turut mengalami simptom penyakit yang sama, oleh itu pihaknya memohon kes itu untuk ditangguhkan.
Mahkamah menetapkan 8 dan 9 Oktober ini untuk rayuan.
| < Prev | Next > |
|---|



















Visitor Statistics | Currently Online : 58 |