Ucapan Yang Berhormat Senator Dato’ Maznah Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG/ KHIDMAT SETIA 2008
Pada 27 Jun 2009
Terima kasih saudara/ saudari Pengacara Majlis
Y Bhg Datuk Ir Hong Pee,
Pengerusi Lembaga PERKESO
En. K Selvarajah,
Ketua Eksekutif PERKESO
Tn Hj Aleyes B Meh
Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO,
Abd Malek b Adam
SUB Pengurusan
Pezman b Hussin
Pengarah JTK Negeri
Pn Hjh Zaini
Pengarah PERKESO Negeri
YB Senator Hj Wan Ezany
Pegawai-pegawai Kanan
Urusetia
Tuan/ Puan yang dihormati sekalian
Assalamualaikum dan Salam SejahteraTerlebih dahulu saya suka mengambil kesempatan dan peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan PERKESO atas kesudian menjemput saya menyampaikan ucaptama dalam majlis pada malam ini. Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengurusan PERKESO kerana dapat menganjurkan majlis ini khusus memberi penghargaan kepada anggota-anggota yang telah menunjukkan kecemerlangan dan kesetiaan sepanjang perkhidmatan dengan PERKESO.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Dalam usaha menjadikan sebuah organisasi yang cemerlang, anggota-anggota PERKESO mestilah
1) Bersyukur : terjemahkan dengan dedikasi dan komitmen, inisiatif, proaktif dan kreatif.
2) Iktibar : Pengalaman dari pengangguran, Negara berperang.
Menunjukkan kecemerlangan dan sentiasa berusaha untuk mencapai dan melebihi sasaran kerja tahunan melebihi tahap yang ditetapkan. Untuk merealisasikan, anggota PERKESO hendaklah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik, sentiasa memperbaiki prestasi, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat-sifat positif terhadap diri, bersedia menerima teguran, saling hormat-menghormati dan bertolak ansur serta sentiasa peka kepada kehendak pelanggan luaran dan dalaman serta perubahan persekitaran.
Sekiranya setiap daripada kita berjaya melaksanakan tugas mengikut peranan masing-masing, menghayati sepenuhnya nilai-nilai etika yang telah digariskan dan dapat memahami aspirasi dan kehendak jabatan, saya percaya lebih ramai lagi pekerja cemerlang akan dapat dilahirkan dan dengan itu visi PERKESO untuk menjadi peneraju keselamatan social yang ungguk dan cemerlang akan dapat dicapai,
Tugas dan peranan tuan-tuan dan puan-puan sebagai penjawat awam adalah sangat penting. Apa juga yang dibuat oleh tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kesan terhadap pelanggan-pelanggan. Tuan-tuan dan puan-puan perlu mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan diri dengan melaksanakan tugas dengan jujur, adil, bertanggungjawab, cekap dan berhemah.
Bagi melahirkan anggota PERKESO yang berwibawa, pendekatan utama adalah menerusi latihan, terutama berkenaan sikap terhadap kerja. Latihan juga penting untuk menambah pengetahuan dan kemahiran atau menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang.
Pada masa ini, terdapat berbagai-bagai jenis latihan yang dianjurkan oleh PERKESO kepada anggota-anggotanya. Bagi tahun 2008 sahaja PERKESO telah membelanjakan sebanyak RM 1,510,454.50 dan sehingga bulan MEI 2009 sebanyak RM 777,446.92 telah dibelanjakan untuk membiayai program latihan kea rah memperkasakan modal insan anggota-anggota PERKESO. Walau apapun bentuk latihan yang dijalankan, modul yang dirangka harus dipastikan dapat memenuhi keperluan semasa supaya latihan yang diberikan itu relevan dengan kehendak dan keperluan pelanggan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sistem jaringan keselamatan social yang sempurna memerlukan sumbangan bukan sahaja daripada golongan pekerja tetapi juga daripada pihak makijan bagi memastikan nasib golongan pekerja dan tanggungan mereka sentiasa terpelihara. Sumbangan majikan merupakan pengiktirafan kepada usaha dan sumbangan pekerja bagi meningkatkan pencapaian produktiviti sesebuah organisasi. Perluasan jaringan keselamatan social bukan sahaja melibatkan perlindungan kepada semua golongan masyarakat pekerja tetapi juga dari segi menambahkan skim-skim perlindungan yang sedia ada.
Saya memandang serius mengenai nasib golongan pekerja yang ditimpa kemalangan dan musibah. Sehubungan itu penyediaan program-program pemulihan kepada pekerja seperti program “ Return To Work” dan juga penubuhan Pusat Rehabilitasi Kebangsaan di Melaka oleh PERKESO dapat membantu golongan pekerja kembali bekerja selepas mengalami kemalangan.
“Return To Work” adalah suatu program pemulihan fizikal bertujuan membantu pekerja yang mengalami hilang upaya akibat kecedaraan atau penyakit bagi tujuan mengembalikan fungsi anggota badan orang berinsurans dan seterusnya kembali semula kea lam pekerjaan lebih awal. Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga Disember 2008, 77% daripada 439 kes yang dirujuk telahpun motivasi yang tinggi dan kembali semula bekerja.
Selain dari program “Return To Work” , PERKESO telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar caj perkhidmatan Faedah Pendidikan dari 4% kepada 2% bagi semua pemohon baru yang layak menerimanya. Langkah ini diambil sebagai tanda keperihatinan PERKESO untuk meringankan beban pelajar ekoran peningkatan kos pengajian di institusi pengajian tinggi di samping mengurangkan bebanan hutang yang tinggi sebaik tamat pengajian nanti.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari aspek pembayaran tuntutan faedah pula, PERKESO sentiasa berusaha menyegerakan pembayaran tuntutan kepada OB untuk tanggungannya dengan segera, “Key Perfomance Indicator (KPI)” dan Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan dijadikan asas anggota PERKESO menjalankan tugasnya agar pembayaran faedah dapat dilaksanakan di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya amat berbangga dengan pencapaian PERKESO memproses bayaran tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara dalam tempoh 7 hari selepas dokumen lengkap diterima dengan mencatatkan peratus penyelesaian sebanyak 95.47%. Purata hari prosesan bagi setiap kes Faedah Hilang Upaya Sementara pula adalah selama 3.34 hari.
Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang, PERKESO telah menganugerahkan kepada anggota-anggotanya yang cemerlang dengan menganjurkan Anugerah Khidmat Cemerlang. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana telah menunjukkan kecemerlangan dan saya percaya masih ada banyak lagi ruang yang boleh kita perbaiki untuk penambahbaikkan ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan.Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 24 orang anggota PERKESO yang meraih anugerah khidmat cemerlang pada tahun 2008 dan tidak lupa juga kepada 111 orang anggota yang telah lama berkhidmat melebihi 20 dan 25 tahun dan terus menabur bakti kea rah memartabatkan PERKESO sebagai sebuah organisasi yang terunggul di Negara ini.
Dengan kata-kata itu dengan lafaz Bismillah Hirah Mannirahim saya MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN KHIDMAT SETIA PERKESO 2008.
Selasih tumbuh tepi Seraya,
Seraya tinggi pohon ditarah,
TK menjemput saya
Gembira berjumpa di Majlis Anugerah
Pelita dipasang lalu ditambat,
Apinya terang nampak merah
Minta maaf Saya lambat
Perut dah lapar jangan marah















Visitor Statistics | Currently Online : 62 |