UCAPAN YB DATUK MAZNAH MAZLAN
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, PEDAS,
NEGERI SEMBILAN.
PADA 28 MEI 2009, KHAMIS JAM 9.00 PAGI
Yang berusaha Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berusaha, Dato’ Ir Dr. Johari Basri, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Ketua-ketua Jabatan,
Dif-dif Kehormat,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekelian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis Seminar Keselamatan dan Kesihatan di Sektor Pertanian dan Penternakan Peringkat Negeri Sembilan. Saya juga rasa berbangga dengan sambutan peserta sektor ini yang hadir untuk menjayakan program pada hari ini yang saya rasakan adalah satu petunjuk kepada komitmen daripada pihak swasta dan juga agensi kerajaan dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan di tempat kerja terutamanya sektor pertanian kerana sebagaimana yang kita maklum sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia dan pada tahun 2008 sahaja KDNK berasaskan pertanian adalah sebanyak 3.8 % dan ianya lebih tinggi daripada lain seperti sektor pembuatan dan pembinaan(sources: DSM and BNM)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pertama sekali, saya ingin menyentuh tentang peranan kerajaan dalam usaha meningkatakan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Agensi kerajaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mula melaksanakan aktiviti penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan di sektor-sektor lain terutamanya industri perkilangan sejak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mula diwartakan pada tahun 1994. Sejak daripada itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mula mempromosikan aspek keselamatan dan kesihatan ini di sektor-sektor lain seperti pertanian, penternakan, perikanan , perkhidmatan awam, dan lain-lain lagi bagi memastikan tiada kemalangan berlaku di tempat kerja. Dan setelah 15 tahun berlalu , Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sekarang dalam fasa menguatkuasakan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan di semua sektor khasnya sektor pertanian, perladangan dan penternakan. Sehubungan dengan itu, seminar ini boleh menjadi salah satu program bagi para peserta amnya dan majikan khasnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam melaksanakan peraturan keselamatan dan kesihatan disamping menambahbaik pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sektor pertanian adalah salah satu sektor yang mempunyai bilangan tenaga pekerja yang paling ramai di Malaysia di mana jumlah pekerja di sektor ini pada tahun 2008 adalah seramai lebih kurang 1.5 juta orang (sources : Labour Force Survey Report Q2, 2008) ataupun 14 % daripada keseluruhan jumlah tenaga kerja yang berjumlah lebih kurang 11 juta (sources: Dept of Statistics). Di samping itu juga sektor ini memiliki campuran pekerja tempatan dan asing yang terdiri daripada berbagai bangsa dan negara dan semestinya tanpa pengurusan sumber manusia dan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan , kejadian kemalangan mungkin akan kerap berlaku memandangkan sektor pertanian adalah tempat yang dikategorikan sebagai berisiko. Satu kajian di Amerika Syarikat yang dijalankan beberapa tahun lalu menunjukkan kadar kemalangan maut di sektor pertanian adalah 4 hingga 5 kali ganda lebih banyak daripada sektor lain. Sementara itu berdasarkan satu kajian lain di Sweden mendapati kemalangan yang berlaku di sektor pertanian adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada kamalangan di industri. Dengan itu, tidak keterlaluan dinyatakan bahawa tumpuan memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di sektor ini adalah penting bagi menjamin keselamatan pekerja. Justeru itu, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi menunjukkan keperihatinan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tujuan utama program-program kerajaan seperti yang dihadiri oleh tuan-tuan semua adalah untuk memberi kesedaran kepada majikan dan pekerja mengenai peranan mereka dalam membantu meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja. Pengetahuan berkaitan perundangan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 menjadi asas di dalam apa-apa program keselamatan yang dirancang di tempat kerja. Sehubungan itu, kebanyakan kertas kerja yang akan disampaikan akan lebih menjurus ke arah memberi pengtahuan berkaitan peranan yang perlu dilaksanakan ditempat kerja terutamanya di ladang-ladang, estate-estate dan juga ladang ternakan. Antara tanggunjawab yang perlu dilaksanakan adalah seperti menggubal dasar keselamatan, menubuhkan jawatankuasa keselamatan di tempat kerja dan juga melaporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak berkuasa sebagaimana yang digariskan di dalam peraturan NADOPOD. Antara contoh kejadian berbahaya dan penyakit yang sering dilaporkan kepada Kementerian adalah cedera ditimpa pelepah kelapa sawit, sakit belakang akibat penggunaan galah pisau yang kurang sesuai ketika memotong pelepah dan kemalangan yang berlaku semasa memandu atau menaiki traktor. Kejadian ini boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah kawalan yang teratur dan bersesuaian dilaksanakan seperti menyediakan garispanduan prosedur kerja selamat, memberikan latihan kepada pekerja ataupun membekalkan peralatan perlindungan diri. Berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat, kemalangan yang melibatkan kenderaan sektor pertanian adalah 5 kali lebih tinggi berisiko untuk maut daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan lain. Walaupun jumlah kemalangan di Malaysia yang dilaporkan di sektor ini (pertanian, perhutanan, perikanan) pada tahun 2008 adalah rendah secara relatif kepada jumlah keseluruhan tenaga kerja di sektor ini iaitu 3467 kes(sources:SOCSO), ianya tidak bermakna majikan ataupun pekerja boleh mengabaikan tanggungjawab mereka dan memandang perkara ini sebagai sesuatau yang tidak serius. Kita perlu ingat, sekiranya berlaku kemalangan, kos yang perlu ditanggung oleh majikan selepas kejadian tersebut adalah lebih tinggi daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk memastikan keselamatan di tempat kerja. Majikan bukan sahaja perlu membayar kos rawatan malah kehilangan pekerja yang terlatih, gangguan terhadap pengeluaran, kerosakan jentera dan juga mungkin terdedah kepada tindakan saman sivil.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Untuk memastikan kesemua ladang pertanian, ternakan, perikanan mendapat munafaat daripada program yang dijalankan oleh kerajaan, Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berusaha mendaftarkan tempat kerja ini bagi memudahkan sebarang bentuk informasi, arahan, bantuan kerajaan disalurkan dan disebarkan namun mendapati masih lagi terdapat banyak tempat kerja di sektor ini yang masih belum berdaftar dengan jabatan ini di mana mengikut rekod tidak rasmi terdapat lebih kurang 215 jumlah ladang dan estate di Negeri Sembilan sedangkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan hanya mendaftarkan sejumlah 126 tempat kerja dan begitu juga kemalangan yang berlaku sering tidak dilaporkan kepada JKKP dan ini menjejaskan usaha kerajaan bagi menilai sejauh mana prestasi dan tahap keselamatan di sektor pertanian dan seterusnya membuat program bagi menghapuskan kelemahan yang dikenalpasti dalam melaksanakan aktiviti tersebut di samping memberikan khidmat nasihat yang berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Dengan adanya peraturan NADOPOD kerajaan berharap majikan di sektor ini akan melaporkan kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Ianya bukan sahaja membantu kerajaan di dalam menyediakan pengkalan data kemalangan malah memberi faedah dan pengetahuan kepada pihak majikan dalam aspek pengurusan kemalangan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik, adalah diharapkan pihak majikan dapat melaksanakan aktiviti penilaian sendiri, seperti ‘HIRARC’ yang dapat membantu mengelakkan kemalangan daripada berlaku dengan membuat analisa ke atas setiap proses kerja yang dijalankan. Aktiviti ini juga mempunyai banyak kelebihan dan antaranya ialah ;
i. Menggalakkan konsep kenalpasti bahaya oleh para pekerja sebelum mereka melakukan sesuatu kerja agar sentiasa peka dengan bahaya yang ada di persekitaran mereka;
ii. Menilai risiko yang terbit dari bahaya di tempat kerja perlu dilakukan. Ia akan menilai dan memberi petunjuk kaedah bagi mengawal, menghapus atau mengurangkan risiko tersebut;
Di samping itu juga, majikan diminta agar dapat menyiasat dan menganalisa setiap kejadian berbahaya atau kemalangan yang berlaku ke atas pekerja serta menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pekerja dan kemudahan pampasan sekiranya pekerja mengalami kecederaan semasa bekerja. Selain daripada itu juga adalah penting bagi majikan menjaga hak para pekerja seperti menyediakan kemudahan infrastruktur yang sesuai seperti rumah, pusat komoniti dan sebagainya kepada para pekerja dan keluarga mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhir sekali kerajaan berharap pihak majikan dapat melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan keselamatan yang lebih berkesan seperti OHSAS 18000 ataupun MS 1722 yang bukan sahaja memastikan tahap keselamatan dapat dipertingkatkan malah prestasi indikator lain juga dapat dipertingkat. Sebagai contoh satu kajian di Itali pada tahun 2007 mendapati organisasi yang melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih tinggi dalam aspek latihan, penilaian dan analisa risiko dan juga komunikasi kepada pekerja berbanding dengan organisasi yang tidak mengamalkan sistem pengurusan keselamatan. Saya percaya seminar selama sehari ini akan dapat memberi impak yang positif kepada mereka yang terlibat secara aktif di sektor pertanian dan seterusnya akan mengamalkan budaya kerja selamat pada setiap masa di mana majikan dan pekerja saling berganding bahu melaksanakan program-program keselamatan.
Akhir sekali, saya juga Saya juga mengucapkan syabas kepada JKKP selaku penganjur seminar ini atas usaha gigih semua ahli jawatankuasa di samping perancangan dan perlaksanaan yang rapi, memastikan acara pada pagi ini berlangsung dalam suasana harmoni dan dengan ini juga saya merasmikan seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pertanian Peringkat Negeri Sembilan 2009

Visitor Statistics | Currently Online : 61 |