Login Form



Aduan kepada Perkeso melalui SMS

Print

Berita Harian - Khamis, 26 Februari 2009

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, orang ramai boleh mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pelancaran sistem itu dilakukan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, di ibu pejabat Perkeso, di sini, hari ini.

"Sistem perkhidmatan yang dikenali sebagai mySMS Perkeso ini ibangunkan secara bersama dengan pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia)," katanya.

Orang ramai juga boleh menggunakan sistem itu untuk membuat semakan status aduan mereka serta mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat Perkeso berhampiran untuk berurusan.

Bagi membuat aduan, mereka hanya perlu menaip PERKESO ADUAN (no kad pengenalan)(aduan yang ingin dikemukakan) dan dihantar ke 15888.

Untuk mendapatkan alamat pejabat berhampiran, mereka hanya perlu taip PERKESO (nama pejabat yang dikehendaki seperti KL, PJ, Kuching atau sebagainya)dan hantar ke 15888. - Bernama