Utusan Malaysia - Jumaat, 27 Februari 2009
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kementerian Sumber Manusia memperluaskan lagi ruang untuk orang ramai membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan memperkenalkan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai hari ini.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berharap dengan perkhidmatan itu, orang ramai berpeluang mengemukakan aduan serta mendapatkan maklumat daripada Perkeso.
Orang ramai, katanya, hanya perlu menaip PERKESO ADUAN diikuti nombor kad pengenalan seterusnya menulis aduan dan hantar kepada 15888.
"Khidmat SMS ini dilaksanakan bagi membolehkan pelanggan Perkeso mendapat jawapan segera kepada pertanyaan mereka tanpa perlu pergi ke pejabat agensi itu,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan mySMS ADUAN PERKESO di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Ir. Hong Lee Pee dan Ketua Eksekutifnya, K. Selvarajah.
Menurutnya, melalui perkhidmatan aduan, orang ramai juga boleh menggunakan sistem itu untuk semakan status aduan serta mengetahui alamat dan nombor telefon Perkeso yang berhampiran untuk tujuan berurusan.
Jelas beliau, jawapan tersebut boleh diterima semula dalam tempoh yang singkat atau selewat-lewatnya tiga hari bekerja.
Beliau berkata, sehingga 2008, sejumlah 44,253 panggilan pertanyaan dan aduan telah diterima oleh agensi itu.
| < Prev | Next > |
|---|























Visitor Statistics | Currently Online : 85 |