Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News 13 juta berpeluang kerja separuh masa

13 juta berpeluang kerja separuh masa

Print

Utusan Malaysia - Khamis, 26 Februari 2009

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Lebih 13 juta pekerja sektor awam dan swasta dijangka dapat melakukan pekerjaan separuh masa apabila peraturan baru mengenai perkara itu siap dalam tempoh dua bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, Peraturan Penggajian Pekerjaan Separa Masa yang digubal oleh kementeriannya telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk kelulusan.

“Apabila kita mendapat kelulusan itu, ia akan dilaksanakan bagi membolehkan mana-mana pekerja sama ada awam atau swasta untuk bekerja separuh masa,” katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum mengenai pekerja daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) di sini.

Beliau berkata, peraturan itu akan mengandungi terma-terma dan syarat-syarat mengenai penggajian pekerja separuh masa dan perlindungan bagi pekerja dan majikan.

“Perlindungan ini penting supaya kepentingan kedua-dua pekerja dan majikan dapat dipelihara sekiranya berlaku pelanggaran apa-apa syarat,” katanya.

Beliau berkata, peraturan itu juga akan menetapkan sama ada majikan dan pekerja perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Subramaniam berkata, konsep pekerjaan separuh masa tidak hanya melibatkan bekerja selepas waktu pejabat tetapi juga bentuk pekerjaan lain seperti seorang suri rumah yang hanya ingin bekerja untuk dua jam dan sebagainya.

Beliau berkata, bagi kakitangan awam yang ingin bekerja selepas waktu pejabat, mereka masih perlu mendapatkan pengesahan dan kelulusan ketua jabatan.

‘‘Bagi pekerja swasta pula, ia tertakluk kepada perjanjian antara mereka dan majikan mereka,” katanya.

Mengenai Tabung Pemberhentian Pekerja yang akan dikendalikan oleh Perkeso, Subramaniam berkata, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kini di peringkat terakhir dalam memberi cadangan kepada kementerian mengenai sistem yang paling sesuai dalam melaksanakan tabung itu. – Bernama

 

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30