Login Form




Select theme

 

 

Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Home Archive News 1,000 jawatan kosong di APMM

1,000 jawatan kosong di APMM

Print

Utusan Malaysia, 18 Februari 2009

KUANTAN 17 Feb. - Ketika sektor industri terpaksa menghentikan pekerja berikutan kesan krisis ekonomi global, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula menawarkan kira-kira 1,000 jawatan kosong pada tahun ini terutama kepada lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, keperluan tenaga kerja itu sejajar dengan peningkatan keupayaan operasi APMM di perairan negara. Menurut beliau, pertambahan aset melibatkan kelengkapan operasi dan logistik merupakan antara faktor APMM memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk mengendalikan peralatan tersebut. "Walaupun berlaku kegawatan ekonomi, tetapi dalam soal perancangan penambahan modal insan dan tenaga kerja tidak terjejas sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Maritim Malaysia 2009 di Pejabat Wilayah Maritim Timur APMM di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek. Mohd. Amdan berkata, ramai golongan muda tidak tahu wujudnya kekosongan jawatan dalam APMM kerana mereka menyangka ia akan diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam media.

Menurut beliau, remaja yang berminat menyertai APMM hanya perlu melayari laman web APMM di alamat www.mmea.gov.my. "Dalam ruang kerjaya di laman web itu, terdapat kira-kira 1,000 kerja kosong yang boleh dipohon secara online tanpa perlu mengisi borang. Kita akan memanggil pemohon untuk ditemuduga menerusi permohonan atas talian itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Amdan memberitahu, pihaknya sedang mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menambah 3,000 jawatan kosong dalam tempoh beberapa tahun akan datang. "Kita sedang menyiapkan kertas kerja untuk membuat permohonan ini dan jika diluluskan, kita akan maklumkannya," jelasnya. Beliau menjelaskan, sebelum ini, APMM mengambil kakitangan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Marin atau Kastam Diraja Malaysia bagi memenuhi jawatan dalam agensi itu.

 

W3C Disability Access

W3C Disability Accessibility



Logo 2009

Mobile Services

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30