Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

26 Jun 2018 : Seminar 'Malaysia Commuting and Road Safety Seminar' ( MyCARSS 2018 ) telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre ( PICC ) pada 26 hingga 27 Jun 2018. Seminar dengan bertemakan ‘Fostering Commuting Safety Culture Towards Vision Zero’ itu telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia, YBhg M. Kulasegaran.

Sementara itu YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapan perasmiannya berkata, Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasakan pendekatan 3E ( Engineering, Enforcement dan Education ) dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa atas jalan raya. Kataanya lagi, pendekatan tersebut mesti dilaksanakan secara berintegrasi dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam merealisasikannya.

MyCARSS 2018 dianjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) yang bertujuan memberi mesej jelas untuk mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dan pihak berkepentingan terhadap keselamatan jalan raya yang lebih baik.

16 Mei 2018 : Sambutan Jubli Perak Perbadanan Sumber Manusia Berhad( PSMB ) telah diadakan pada 16 Mei 2018 di Wisma HRDF, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Penubuhan PSMB bermula pada tahun 1993 sebagai Majlis Sumber Manusia yang kemudian menjadi Perbadanan Sumber Manuia Berhad pada tahun 2001. Ia ditadbir oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001), dengan mandat Kerajaan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja yang kompeten yang akan menyumbang kepada pencapaian visi Negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 22,000 majikan berdaftar dengan PSMB dengan kira-kira 2.5 juta pekerja telah menjalani latihan dan pembangunan modal insan dibawah pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh PSMB menerusi kira-kira pelbagai penyelia latihan.

 

25 Jun 2018 : Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ( TVET ) Malaysia bersama beberapa pihak berkepentingan telah diadakan di Kementerian Sumber Manusia. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia itu, turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, YB M Kulasegaran.

 

Selain daripada akan mempertimbangkan model pembelajaran dari negara Eropah seperti Jerman dalam usaha memperkasakan TVET beberapa langkah juga sedang dinilai untuk menarik minat belia bagi melibatkan diri dalam bidang TVET ini.

 

Bagi memperhalusi usaha ke arah pemerkasaan bidang ini, YB Nurul Izzah berharap beberapa pertemuan dengan pihak berkepentingan termasuk industri, pihak swasta, institusi berkaitan TVET serta pelajar dapat dilakukan dalam masa dua bulan ini, bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan transformasi bidang TVET, bagi memastikan ia dipandang tinggi.

29 April 2018 : Bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2018, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) telah menganjurkan acara Run & Ride sebagai suatu galakkan dan kesedaran mengenai kepentingan melakukan aktiviti sihat, sekali gus meningkatkan kesihatan dan produktiviti pekerja kepada syarikat dan negara. Acara yang diadakan di sekitar Putrajaya ini telah mendapat sambutan hangat dengan kira-kira 8,000 penyertaan.

YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah berkenan membuat pelepasan para peserta bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan Pengerusi PERKESO Tan Sri Aseh Che Mat.di Dataran Kehakiman Putrajaya yang dikategorikan sebagai Larian sejauh 5km dan 10km serta berbasikal sejauh 10 dan 20km.

Pada program itu, Media Prima menerima penghargaan kerana mencatatkan penyertaan kakitangan teramai diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala, ketiga tertinggi ialah SME Development Bank. Sementara itu Encik Naz Ridzwan bin Zulkifli muncul sebagai peserta paling bertuah apabila diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bretuah yang membawa pulang kereta Proton Iriz. Apa yang menariknya, kemenangan ini merupakan hadiah paling bermakna sempena hari jadi beliau yang jatuh pada 1 Mei.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!