14 Ogos 2018 : Majlis menandatangani memorandum persetujuan diantara syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn.Bhd. bersama 23 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini telah diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Pihak syarikat telah bersetuju untuk memenuhi tuntutan pekerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 iaitu untuk dipulihkan semula ke pekerjaan asal.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Ybrs. Tuan Haji Khalid Bin Jali, CEO Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn.Bhd. , Tuan Haji Rosli & Setiausaha Agung Transport Worker Union (TWU), Tan Sri Zainal Rampak.

Terdahulu, syarikat pengurusan Nadi Putra itu telah mengeluarkan notis makluman menyatakan perkhidmatan itu tidak beroperasi kerana menghadapi masalah dengan pemandu yang dikatakan tidak mahu bekerja. Perkhidmatan bas Nadi Putra dilaporkan semakin merosot apabila gagal mematuhi jadual perjalanan, selain banyak bas didakwa mengalami kerosakan dipercayai kerana gagal diselenggara dengan baik.

2 Ogos 2018 : YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan sumbangan berupa beberapa peralatan ICT dalam Majlis Sumbangan Peralatan Komputer & CSR PTPK kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah di Kampung Jangkang, Karangan, Kedah.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata Kerajaan mahukan lebih ramai golongan intelektual yang mempunyai asas agama baik. Malah impian ini telah pun disuarakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahukan sekolah agama beraliran sains dibangunkan.

Beliau juga aberharap agar pelajar juga tidak merasa kecewa sekiranya terdapat kekurangan di sekolah yang mereka belajar ketika ini, malah perlu menjajdikannya sebagai motivasi untuk terus berjaya dan membuktikan kemampuan masing-masing.

11 Ogos 2018 : Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2018 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Majlis perasmian Sidang 1 telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Sidang 2 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ), Kementerian Sumber Manusia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Mahfuz Omar beliau berharap agar CIAST terus dapat melahirkan tenaga pengajar yang bertaraf dunia, berpengatahuan, kompeten, berdisiplin serta responsive terhadap persekitaran dan teknologi yang seterusnya dapat merealisasikan visi CIAST sebagai organisasi yang mampu membangunkan tenaga pengajar bertaraf dunia dalam bidang kemahiran. 

 

Seramai 2,504 graduan penerima diploma dan sijil telah diraikan dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada para graduan.

30 Julai 2018 : Para graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) disaran untuk sentiasa meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan Revolusi Industri 4.0. (IR4.0). Saranan ini dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran pada majlis Konvokesyen ILJTM Kementerian Sumber Manusia Ke-23 2018 yang bertemakan ‘TVET ke arah Kecemerlangan Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutu beliau lagi, perkara ini penting agar para graduan dapat bergerak seiiring dengan transformasi digital seperti teknologi robotik supaya kekal relavan dengan keperluan industri. Beliau berpesan agar graduan yang masih muda ini,  perlu memperbaiki kemahiran komunikasi dan meningkatkan produktiviti diri supaya mendapat tempat di dalam pasaran kerja, termasuk meningktkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris.

Seramai 7,323 graduan ILJTM menamatkan pengajian pada tahun ini, termasuk 1,283 graduan dari ILJTM Sabah dan Sarawak.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!