Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

24 Sept 2018 : YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Hj Mahfuz Omar telah merasmikan persidangan dan pemeran 21st Conference and Exhibition On Occupational Safety And Health dengan tema 'Enhancing OSH In New Digital Era'. Program tahunan ini berlangsung selama dua hari yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 perserta serta kira-kira 100 syarikt pempamer berkaitan.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri berharap semua pihak terus berusaha mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihataan pekerjaan dan menjadikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagai amalan dalam budaya Malaysia.

Menurutnya lagi, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda bagi memperkemaskan lagi peraturan sedia ada mengikut keperluan semasa. Pindaan yang dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini akan menjadi “game-changer” terhadap keberkesanan penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pematuhan oleh pihak majikan dan pekerja.

14 September 2018 : Majlis Pelancaran Portal JobsMalaysia 2.0 telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Manusia di Pusat JobsMalaysia Cyberjaya.Portal JobsMalaysia2.0 merupakan portal 'One Stop Centre’ pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan. Selain boleh diakses menerusi www.JobsMalaysia.gov.my, aplikasi boleh di download Google Play atau dari Apple Store.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam aucapan perasmiannya berkata, portal baharu itu menampilkan ciri pemadanan automatik dan mengesyorkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dan tawaran peluang tersebut diemel kepada calon. Selain berupaya menampung sehingga 19 juta pengguna berdaftar dan mampu mengendalikan 40,000 capaian secara serentak dalam satu-satu masa, ia juga dilengkapi dengan ciri ujian minat kerjaya berasaskan psikometrik sebagai panduan kepada pemohon dalam menentukan kerjaya.

Beliau juga berharap agar portal ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh majikan dan pencari kerja kerana kos pengiklanan kekosongan pekerjaan oleh majikan dan pendaftaran data peribadi serta butiran bidang pekerjaan yang didaftarkan pencari pekerja ialah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

22 September 2018 : Program Ramah Mesra YB Menteri Sumber Manusia bersama warga Kementerian yang bertemakan Gaya Hidup Selamat Dan Sihat telah diadakan di beberapa tempat sekitar Bandaraya Ipoh pada 21 dan 22 September lalu. Bermula dengan Ceramah Pemakanan Sihat di ILP Ipoh, diikuti dengan program pendakian Bukit Klebang setinggi 808 meter.

Menurut YB Menteri, gaya hidup selamat dan sihat akan menjadikan masyarakat dan pekerja yang lebih sihat serta mampu melakukan kerja dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan produktiviti. Semua pihak perlu menyertai pelbagai aktiviti sihat dan berfaedah seperti program pendakian yang dianjurkan. Rakyat Malaysia adalah antara yang paling gemuk berbanding negara lain iaitu lebih kurang 46 peratus yang obese dan menghidapi pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan juga Warga Kerja Kementerian Sumber Manusia dari pelbagai Jabatan dan Agensi Di dalam Kementerian Sumber Manusia di Perak..

 

5 September 2018 : Kontinjen Malaysia yang menyertai Pertandingan Kemahiran Asean atau ASC2108 yang diadakan di Bangkok dari 26 Ogos hingga 4 September 2018 telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada petang 5 September 2018 yang lalu. Kontinjen negara hanya memenangi 4 pingat Emas, 1 Perak dan 5 gangsa dalam 24 bidang kemahiran yang disertai, berbanding sasaran 10 pingat emas. Seramai 21 peserta Kontinjen negara turut memperolehi Medallion For Excellence atas pencapaian  yang membanggakan.

Kepulangan mereka telah disambut dengan meriahnya oleh Y  Menteri Sumber Manusia, YB Timbalan serta pegawai kanan Kementerian dan agensi terlibat kaum keluarga serta kenalan peserta. Namun YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapannya berharap agar pencapaian ini menjadi mencetus semangat untuk membuat yang lebih baik dalam penyertaan pertandingan akan datang.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 48 peserta serta 30 orang jurulatih atau pakar yang mengiringinya. Mereka terpilih mewakili negara menerusi pelbagai pertandingan kemahiran yang dianjurkan dalam negara bagi setiap dua tahun sebelum ini.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!