eHailing

Portal Majikan Online

Pengumuman bajet 2019 yang telah diumumkan oleh menteri kewangan pada 2 November 2018 baru-baru ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu manfaat yg diusulkan di dalam belanjawan tahun 2019 adalah pelepasan cukai diberikan kepada majikan yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun 2019.

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019. Pendaftaran boleh dibuat melalui Portal Majikan Online bermula 18 januari 2019.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk menikmati insentif ini ialah :

  1. Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja.
  2. Taraf pekerjaan pekerja adalah Sepenuh Masa.
  3. Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran* sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.
    (*membayar balik pembayaran kepada PTPTN yang dibuat oleh majikan)

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :

 

KARNIVAL_KERJAYA_SARAWAK_3.01

14 OGOS 2019 - YB Dato’ Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Pelepasan Konvoi Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 Tahun 2019 dan Program Karnival Kerjaya Peringkat Bahagian Samarahan bertempat di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, Sarawak. Konvoi Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 ini telah bergerak untuk Program Karnival Kerjaya yang seterusnya di Betong yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2019 (Khamis), kemudian di Sibu pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) dan berakhir di Miri pada 19 Ogos 2019 (Isnin). Juhh kitak orang nak tengah ncarik keja ya atang rami-rami ke Karnival Kerjaya tukk!!

KARNIVAL_KERJAYA_SARAWAK_3.02 KARNIVAL_KERJAYA_SARAWAK_3.03

Video Khas Team Malaysia WSC Kazan 2019

Sempena Pertandingan Kemahiran Dunia yang akan berlangsung minggu hadapan, WSC Kazan 2019, Video khas memperkenalkan Team Malaysia yang akan berjuang untuk misi mencari Emas Pertama Negara.

Buat semua warga kemahiran, ayuh kita sama sama memviralkan peserta peserta negara ini. Berikan sokongan kita kepada mereka. Harumkan nama mereka dan Malaysia khasnya. Semoga Peserta peserta negara berjuang demi maruah negara.

#goforgold
#kazan2019
#TeamMalaysia
#TVETMalaysia

Sumber video adalah daripada Facebook TeamMedia CIAST, Kementerian Sumber Manusia

SYED_SADDIQ1

13 OGOS 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah meluangkan masa untuk bertemu dengan YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, untuk berbincang berkenaan Paid Internship, Living Wage, dan juga beberapa perkara berbangkit demi kebaikan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia.

SYED_SADDIQ2 SYED_SADDIQ3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!