Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

24 Nov 2017 : Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017 telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur. Karnival ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Paeza Rosdi, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Karvival ini diadakan untuk mempromosi peranan utama KSM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sistem sokongan pekerjaan kepada golongan OKU di Malaysia. Karnival ini juga diadakan bagi memastikan golongan OKU terlibat secara aktif dalam arus pembangunan Negara selari dengan matlamat Akta OKU 2008 dan prinsip inklusiviti OKU dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Seramai 1000 orang pengunjung telah menghadiri karnival ini yang terdiri daripada para pencari kerja OKU, pempamer, majikan, pelajar-pelajar universiti awam dan swasta, wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan swasta dan orang awam.

Program Gema Puisi Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada 22 November 2017 di Dewan Serbaguna KSM dengan tema "Memartabatkan Bahasa Kebangsaan". Program diisikan dengan persembahan puisi, sajak, syair serta nyanyian lagu puisi berkaitan tema. Ia merupakan program pertama seumpamanya dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Turut hadir memberikan persembahan puisi bertemakan tanggungjawab ialah Pn Asriah binti Abdul Hafid, Johan Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( KPPA ) Tahun 2015 dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah, selain wakil CEUPACS.

Ybhg Dato' Mohammad Elias Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Operasi ) juga hadir memeriahkan program serta menyampaikan cenderahati kepada para peserta yang mengambil bahagian.

16 Nov 2017 : Seminar Kerjaya, Keusahawanan dan Kesejahteraan Sosial Ibu Tunggal 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada 16 November 2017 (Khamis) di Hotel Ancasa Express, Pudu Sentral, Kuala Lumpur.

Objektif utama penganjuran Seminar ini antara lain adalah untuk mempromosi dan memberi pendedahan tentang peranan serta tanggungjawab Kementerian, Jabatan dan Agensi di dalam Kementeria dalam penawaran pekerjaan serta latihan, program dan aktiviti kemahiran kepada golongan ibu tunggal. Ia juga bagi memupuk dan menyebarluas maklumat mengenai hak-hak, kebajikan, peluang ibu tunggal dalam pekerjaan dan isu-isu berkaitan dari sudut perundangan, selain memberikan kesedaran tentang kepentingan meningkatkan taraf sosio-ekonomi melalui khidmat nasihat Agensi kerajaan berkaitan pekerjaan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan dan kekeluargaan.

Seramai 80 orang telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada para pempamer, wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan swasta serta ahli-ahli persatuan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

 

19 November 2017 : Pemukiman Pelan Strategik KSM telah berlangsung pada 17-19 November 2017 di Hotel  Pullman Kuala Lumpur. Ia melibatkan semua Pengurusan Tertinggi Kementerian termasuk Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua Jabatan serta Agensi di dalam kementerian.

Pemukiman Pelan Strategik KSM ini diadakan bertujuan untuk menilai pencapaian semasa dan melaksanakan analisis jurang bagi meneliti keberkesanan strategi, inisiatif dan program yang ditetapkan. Ia juga bagi mengenalpasti isu, cabaran dan kekangan dalam mencapai sasaran serta pelaksanaan strategi, inisiatif dan program yang telah ditetapkan.

Sebanyak 15 kertas cadangan penambahbaikan strategi, inisiatif dan program serta langkah-langkah menangani cabaran dan kekangan pelaksanaan yang dihadapi telah dibincangkan. Manakala resolusi pemukiman akan dibincang dan diserahkan kepada YB Menteri Sumber Manusia dalam masa terdekat.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!