Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

Kadar Pencen PERKESO Dinaikkan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan kenaikan kadar pencen antara 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan, mulai 26 Disember ini. Seramai 328,056 akan menerima bayaran tunggakan pelarasan terbabit yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM72.62 juta bagi pembayaran penerima faedah membabitkan hilang upaya kekal, orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.

Menteri Sumber Manusia, Ybhg Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem, semasa mengumumkannya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam berkata, "Pelarasan ini dibuat seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat bagi meringankan bebanan perbelanjaan yang kian meningkat setiap hari, khususnya penerima faedah dan tanggungannya”.

Turut hadir dalam majlis pengumuman tersebut, Pengerusi Lembaga PERKESO, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Ybrs Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!