Geran itu disampaikan oleh Ketua Jurutera Dyson Malaysia, James Gill kepada penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Muzaffar Izamuddin Daud, 22, dan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Mekanikal (Aeronautik), S. Rhubbindran, 22.

Gill berkata, penuntut yang berminat mendapatkan geran berkenaan disyaratkan untuk mengemukakan permohonan mereka beserta sebuah esei mengenai minat mereka terhadap bidang kejuruteraan serta projek yang dijalankan menggunakan pendekatan inovatif dan kemudian akan disenarai pendek untuk proses temuduga.

 

Selain itu beliau berkata, setiap pemohon juga perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap reka bentuk kejuruteraan dan kelebihan projek mereka dalam menyumbang kepada pembangunan bidang itu.